suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Maut Dalam Nahas Di Tawau

TAWAU:  Seorang anggota polis maut apabila motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Muhibbah di sini pada Isnin.

Lans Koperal Shahrizal Mohd Jenin, 32, disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau dalam kemalangan kira-kira 11.35 malam itu. 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju rumahnya di Taman Semarak selepas selesai bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

"Mangsa dilapor telah melanggar bahagian kanan sebuah kereta yang juga dalam perjalanan dari arah yang sama," katanya.

Mangsa bertugas di IPD Tawau pada April 2011.

Beliau berkata jenazah Shahrizal diterbangkan ke Melaka untuk pengebumian.

 Pihak polis meminta saksi kejadian agar tampil membantu siasatan.

Anggota Polis, kemalangan

Artikel Lain