suria

Rasuah: 14 Individu Termasuk Empat Anggota TLDM Ditahan Reman

Sebahagian daripada 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang ditahan reman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

IPOH: Sejumlah 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, ditahan reman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Rahimah Rahim membenarkan kesemua suspek yang berumur lingkungan 30-an hingga 50-an, direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Lima penjawat awam itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Seksyen17(a) ASPRM kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugasrasmi mereka.

Sembilan orang awam, termasuk seorang wanita, pula disiasat mengikut Seksyen17(b) ASPRM kerana disyaki memberi suapan.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, antara sebabpihaknya menahan kesemua suspek ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka.

Rasuah, anggota TLDM, SPRM

Artikel Lain