suria

Rafizi Bawa Isu 1MDB Ke Parlimen

Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan membawa isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke sidang Parlimen, minggu depan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau telah menghantar soalan berkaitan keputusan audit Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap pinjaman 1MDB kepada Menteri Kewangan bagi sesi Parlimen akan datang.

"Jika tiada apa yang perlu disembunyikan, saya pasti Menteri Kewangan tiada halangan untuk mendedahkan laporan audit oleh Bank Negara ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PKR, pada Selasa.

Selain itu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung parti itu juga mahu BNM mendedahkan laporan audit pematuhan ke atas semua bank tempatan yang ada memberi pinjaman kepada 1MDB.

"Pendedahan laporan audit pematuhan membolehkan orang ramai dan Ahli Parlimen menilai sendiri setakat mana nilai hutang 1MDB memberi risiko kepada kestabilan sektor perbankan negara," katanya. 



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain