suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 8,000 Cadangan, Maklum Balas Diterima Berhubung PPPM (PT)

P Kamalanathan

JOHOR BARU: Kementerian Pendidikan menerima lebih 8,000 cadangan dan maklum balas daripada pelbagai medium berhubung pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT) 2015-2025.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, cadangan dan maklum balas itu diterima daripada pelbagai pihak termasuk orang awam, golongan akademik, swasta, pihak industri dan pelajar.

"Kami (kementerian) berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam memberi input menerusi forum, internet dan enam sesi pendengaran awam yang diadakan di seluruh negara serta mendengar hujah yang kami kemukakan.

"Secara amnya, penyediaan pelan ini diterima baik semua pihak," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran awam PPPM (PT) 2015-2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, Ahad.

Kamalanathan berkata, penyediaan pelan berkenaan juga sudah dibentangkan kepada Kabinet dua minggu lepas dan mendapat beberapa maklum balas daripada anggota Kabinet.

Beliau berkata, pelan itu dijangka siap akhir bulan ini sebelum dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bulan depan.

Katanya, terdapat 10 lonjakan utama di dalam pelan itu yang amat diperlukan untuk membawa sistem pendidikan tinggi Malaysia ke satu tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

PPPM, Kamalanathan

Artikel Lain