BN, MIC Setuju Guna Pakai CWC 2009 - Semasa | mStar

BN, MIC Setuju Guna Pakai CWC 2009

Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor.
PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan MIC pada Rabu bersetuju untuk mengguna pakai senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 seperti yang diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Keputusan itu diputuskan dalam satu perjumpaan antara Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada pagi Rabu.

Menurut Tengku Adnan, Palanivel akan mengadakan mesyuarat segera bersama CWC 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas di kalangan MIC sahaja.

Dalam pertemuan itu juga, beliau berkata, pemilihan peringkat Cawangan akan diadakan pada bulan April diikuti pemilihan Presiden pada Mei.

"Pemilihan peringkat Bahagian pula akan diadakan pada Jun," katanya.

Jelas Tengku Adnan lagi, pemilihan Sayap Wanita, Sayap Pemuda, Sayap Putera dan Puteri MIC akan diadakan pada April hingga Jun ini.

"Pemilihan jawatan Timbalan Presiden, CWC dan Naib Presiden serta Mesyuarat Agung akan diadakan pada Julai ini," katanya.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November, 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari.



Tengku Adnan Tengku Mansor , MIC , BN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Hotel Bajet Haram Akan Disita - Ku Nan

BN Ambil Alih MIC, Palanivel Tentang

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan