suria

Ribuan Ziarah Jenazah Nik Aziz

Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang kenamaan yang menziarahi Allahyarham Nik Abdul Aziz bersama ribuan pengunjung yang membanjiri pekarangan Masjid Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mursyidul Am PAS itu.
KOTA BARU: Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di sini, Jumaat.

Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai kematian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam Khamis.

Jumlah mereka bertambah ramai sejak awal pagi Jumaat.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat.

Antara yang telah menziarahi jenazah ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Jenazah kini ditempatkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran kediaman Allahyarham untuk memudahkan orang ramai.

Orang ramai dilarang mengambil gambar atas permintaan keluarga.

Jenazah dijadual disembahyangkan pada 10 pagi Jumaat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka, di sini.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain