suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Dua Kuih, Satu Minuman' Peraturan Baharu Mesyuarat Kementerian Pendidikan

Dr Madinah Mohamad.
SEREMBAN: Pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan yang menghadiri mesyuarat peringkat kementerian mulai sekarang hanya akan dihidangkan dengan dua jenis kuih dengan satu pilihan minuman.

Peraturan tersebut terpakai setiap kali mereka menghadiri mesyuarat di sebelah pagi, petang atau waktu rehat makan tengah hari.

Makanan berat seperti nasi lemak, nasi goreng atau mi tidak lagi dibenarkan.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata perintah baharu itu bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan dan juga pembaziran.

"Berdasarkan tinjauan kami, banyak makanan dibazirkan setiap kali mesyuarat diadakan.

"Semasa mesyuarat di sebelah pagi, setiap individu dihidangkan dengan makanan berat seperti sepinggan nasi lemak bersama buah-buahan dan minuman manakala pada waktu petang (mesyuarat), mereka dihidangkan dengan tiga jenis kuih, pencuci mulut, minuman panas dan air mineral," katanya.

Perintah tersebut turut dikuatkuasakan terhadap kakitangan di semua Jabatan Pendidikan Negeri, universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Madinah berkata langkah tersebut untuk memastikan bahawa kementerian itu mempunyai peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan tahunannya.

"Langkah itu juga sebahagian daripada pendekatan kawalan dalaman yang diperkenalkan oleh kementerian tersebut untuk meneliti pembaziran," katanya.

Kementerian Pendidikan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain