suria

Pemimpin Politik Ucap Takziah Atas Pemergian Nik Aziz

Keadaan di dalam Masjid Pulau Melaka.
KUALA LUMPUR: Laman sosial Twitter dipenuhi ucapan takziah oleh pemimpin politik negara terhadap kehilangan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Baru, Kelantan, malam Khamis.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham atas pemergian Mursyidul Am PAS itu.

"Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mursyidul Am PAS Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah kembali ke Rahmatullah.
 Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin dan muttaqin."

Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin turut menzahirkan ucapan takziah melalui tulisan di laman Twitternya "Takziah kepada @nikabduh sekeluarga. Semoga Allahyarham Tuan Guru telah pergi dlm husnul khatimah  and  dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah."

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga mengucapkan takziah dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menulis "Saya mengucapkan takziah kpd keluarga YB Tn Guru Dato Nik Aziz di atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang pemimpin yg amat disegani."

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel pula menulis "Ucapan takziah kepada keluarga bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz."

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang menzahirkan ucapan "Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat's passing a great loss to nation. Deepest condolence to bereaved family. RIP."

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula menyatakan Nik Abdul Aziz banyak memberi tunjuk ajar dan menasihati beliau.
"Beliau banyak mengajar dan menasihati saya. al-fatihah kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz." 

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia pada 9.40 malam Khamis.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumahnya pada 10 pagi Jumaat serta akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan.


Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ribuan Ziarah Jenazah Nik Aziz

Artikel Lain