suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Heret Keluarga Saya - Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai supaya tidak menyerang keluarganya berhubung kenyataan kontroversinya di Facebook sebelum ini.

Beliau berkata, reaksi marah anaknya di akaun Instagram merupakan reaksi semula jadi.

Anak-anak Ismail Sabri turut menjadi mangsa kecaman di Instagram selepas perkataan rasis ditulis pada komen gambar anak lelakinya yang memperlihatkan keluarga tersebut sedang makan malam bersama-sama pada Selasa lalu.

"Saya bangga dengan anak-anak saya. Apabila bapa mereka diserang, mereka pertahankan saya. Ia adalah akaun Instagram peribadi milik anak lelaki saya dan dia memuat naik gambar kami sekeluarga tengah makam malam.

"Kenapa heret anak-anak saya bersama dalam isu ini? Sudah semestinya dia akan marah.

"Sekiranya anda serang saya, saya boleh terima. Tapi jangan sentuh keluarga saya. Jangan libatkan mereka," katanya pada Khamis.

Anak lelaki Ismail Sabri yang menggunakan nama pengguna 'dafiismail' memuat naik sekeping gambar keluarganya apabila seorang pengikut menulis 'keluarga rasis' di ruang komen gambar tersebut.

Berlaku sedikit pertengkaran dipercayai antara anak Ismail Sabri yang lain bersama pengikut dalam ruangan komen gambar tersebut.

'Dafiismail' dipercayai anak lelaki kepada Ismail Sabri, salah seorang peserta Akademi Fantasi 5.

Ismail Sabri Yaakob, Instagram

Artikel Sebelum

Ribuan Ziarah Jenazah Nik Aziz

Artikel Berikut

Artikel Lain