suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anggota Kem PLKN Maut Selepas Kereta Dipandu Bertembung

JOHOR BARU: Dua anggota Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mereka bertembung di KM19 Jalan Air Papan-Tanjung Resang, dekat Mersing, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Suprintendan  M.Kumar berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.45 pagi dan mengakibatkan Raden Benni RS Tanwidjaja, 53, serta Ismail Muhamat, 57, maut di tempat kejadian.

"Dipercayai Toyota Hilux tertera lambang PLKN yang dipandu Raden Benni dari arah Jalan Air Papan ke Tanjung Resang terbabas ke lorong bertentangan yang menyebabkan bertembung dengan kenderaan jenis sama yang dipandu Ismail," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Kumar berkata, kejadian turut menyebabkan penumpang Raden Benni, Abdul Aziz Wahab, 59, dan penumpang Ismail, Yusof Sahak, 42, cedera parah.

Beliau berkata Raden Benni dan Abdul Aziz dari sebuah kem PLKN di Rembau, Negeri Sembilan, manakala Ismail dan Yusof dari sebuah kem PLKN di Port Dickson.

Difahamkan, kesemua mereka datang ke Mersing untuk menghadiri mesyuarat di Kem PLKN Teluk Sari, Endau.

Beliau berkata, mayat Raden Benni dan Ismail dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, manakala Abdul Aziz serta Yusof dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk rawatan.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain