suria

Polis Tahan Lelaki Dera Kanak-Kanak

Muhamad Zaki Harun

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Jujur, Sikamat di sini, Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya di taman perumahan itu.

"Difahamkan, mangsa yang tinggal di Taman Jujur, Sikamat di sini, pergi ke rumah jirannya pada 10.50 malam tadi dalam keadaan menangis sebelum memberitahu dipukul menggunakan tali pinggang.

Jiran mangsa berusia 52 tahun memeriksa badan kanak-kanak lelaki terbabit dan menemui beberapa kesan luka dan lebam di bahagian badan serta muka. Jiran mangsa kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan mangsa didera.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Lain