suria

Kereta Api Tergelincir Dari Landasan, Langgar Jentolak

KOTA KINABALU: Sebuah kereta api yang membawa 20 penumpang dan dalam perjalanan ke sini tergelincir di landasan dan melanggar sebuah jentolak, awal hari Isnin.

Tidak ada yang dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku dekat Kampung Pamparingan Membakut, yang terletak kira-kira 90km dari ibu negeri.

Berikutan kejadian tidak diingini itu, penumpang terpaksa mengambil bas untuk meneruskan perjalanan mereka.

Pengurus Besar Jabatan Keretapi Negeri Melvin Majanga dijangka mengeluarkan satu kenyataan mengenai kejadian itu tidak lama lagi.

Usaha untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Beaufort juga sedang giat dijalankan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain