suria

Wang Kertas Polimer Tahan Lebih Lama - BNM

KUALA LUMPUR: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggunakan semula wang kertas polimer RM1 dan RM5, yang masing-masing diperkenalkan pada 2012 dan 2004 nyata menunjukkan wang kertas ini mampu bertahan lama.

Wang kertas jenis ini lebih kemas dan tahan lama berbanding wang kertas biasa kerana wang kertas jenis polimer tidak menyerap atau tidak mudah kotor dan lembap berbanding jenis kertas biasa.

Keputusan untuk menggunakan wang kertas polimer RM5 terbukti tepat apabila ia didapati mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga kali lebih lama daripada wang kertas bernilai sama sebelum wang jenis polimer diperkenalkan.

"Nota polimer RM5 yang dikeluarkan pada tahun 2008 masih lagi dalam edaran, membuktikan ketahanannya," kata Pengarah Jabatan Pengurusan dan Operasi Mata Wang BNM, Azman Mat Ali.

"Setakat ini, terdapat petunjuk bahawa setiap nota polimer RM1 yang dikeluarkan pada tahun 2012, juga akan bertahan lama seperti itu," kata Azman, sambil menambah nota polimer mampu bertahan 4 hingga 5 kali lebih lama daripada wang kertas biasa, berdasarkan pengalaman negara-negara lain.

'Jangka hayat' untuk sekeping wang kertas RM1 biasa boleh menjadi sesingkat enam bulan, manakala kebanyakan wang kertas polimer RM1 masih wujud selepas dua tahun.

BNM enggan mendedahkan kos mencetak nota polimer, memetik sensitiviti komersial.

Dalam kitaran biasa, bank-bank akan mendepositkan tunai dengan BNM hampir setiap hari. Nota-nota ini kemudian akan melalui satu proses automatik yang menghilangkannya daripada kekotoran, koyak, rosak atau cacat.

"Kami memproses, mengesahkan dan menyusun berjuta-juta keping wang kertas setiap hari," kata Azman, yang mendedahkan pada masa ini terdapat kira-kira 3.8 bilion keping wang kertas dalam edaran, dengan kira-kira dua bilion daripadanya adalah wang kertas RM1.

Artikel Lain