MOT Mahu Lebih Banyak Cadangan Untuk Mulakan Sistem Transit Rel Di Iskandar - Semasa | mStar

MOT Mahu Lebih Banyak Cadangan Untuk Mulakan Sistem Transit Rel Di Iskandar

Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai.
JOHOR BARU: Kementerian Pengangkutan (MOT) mahukan lebih banyak cadangan bagi memulakan sistem transit rel di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkenal pelbagai operator untuk trek kereta api kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata lebih banyak pelaburan dan kerjasama sektor swasta digalakkan bagi memaksiumumkan penggunaan aset-aset rel kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam alternatif yang menarik kepada orang ramai.

"Tahun ini kami akan mencadangkan kepada Majlis Ekonomi untuk menyegerakan perkhidmatan pelbagai operator untuk landasan.

"Ia tidak semata-mata hanya Keretapi Tanah Melayu . Jika ada lebih banyak syarikat mahu menggunakan rel, kami menyambut baik. Saya (MOT) terbuka untuk sebarang cadangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Datuk Seri Joseph Chong, Southern University College di sini.

Beliau menghadiri Jamuan Malam Tahun Baru Cina ke-29 anjuran Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Johor di sini malam Ahad.

Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Liow berkata kementerian itu telah menerima cadangan terbaharu daripada Masteel Bhd bagi sistem transit antara bandar bernilai RM1.23 bilion dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

"Kementerian sedang mengkaji semula dan mengemas kini semua cadangan yang dikemukakan oleh Masteel dan KUB Malaysia Bhd sejak 2001," katanya.

Beliau berkata sistem yang dicadangkan itu akan melengkapkan projek trek berkembar Gemas-Johor Baharu sedia ada - kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Sistem Transit Rapid Johor-Woodland dan sistem Bas Rapid bagi  Iskandar Malaysia.

Cadangan projek bernilai RM1.23 bilion oleh Metropolitan Commuter Network Sdn Bhd (MCN), itu membabitkan usaha sama 60:40 antara Masteel dan KUB.

Pada 2009, MCN mencadangkan pembinaan rel berkembar sepanjang 30 kilometer yang menghubungkan Kulai dan pusat bandar raya Johor Bharu, dan landasan 50 kilomter antara Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, menggunakan jajaran sedia ada.

Liow Tiong Lai , MOT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain