suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Individu Ditahan Di Tuaran, Edar Risalah Berbaur Hasutan

Khalid Abu Bakar.
KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu di Tuaran pada Ahad kerana dipercayai mengedar risalah menghasut orang ramai mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam Ahad.

"Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yg sdg edar risalah m'hasut org ramai utk keluar kan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu apabila dihubungi malam Ahad.

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengadakan sidang media berkaitan isu itu dalam masa terdekat.
PDRM, Tuaran

Artikel Lain