Dadah: Dua Warga Emas Antara Enam Ditahan Polis

GUA MUSANG: Sepasang suami isteri warga emas antara enam orang yang diberkas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang kerana dipercayai mengedar dadah sepanjang bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sup Saiful Bahri Abdullah berkata pasangan itu, masing-masing berusia 66 dan 58 tahun, ditahan dalam Ops Jala berhampiran Kampung Bertam pada 2 petang, Jumaat lepas.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas suami isteri itu menemukan 587 biji pil warna merah dan enam biji warna hijau dipercayai pil kuda bersama tiga botol kecil dadah dipercayai heroin bernilai RM16,500.

Pil berkenaan bersama debu heroin dibungkus dalam surat khabar dan disorok di dalam coli dipakai wanita warga emas itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya pada sidang media di IPD Gua Musang di sini, Ahad.

Beliau berkata pasangan itu yang berasal dari Rantau Panjang ditahan ketika menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari Jeli ke Gua Musang, dipercayai untuk memasarkan dadah itu di sekitar bandar ini.

Saiful Bahri berkata pada 1.45 petang 22 Januari lepas, polis turut menahan dua lelaki dan menemui empat botol cerah berisi serbuk puteh dipecayai dadah dalam kereta dinaiki mereka.

Beliau berkata lelaki berumur 22 dan 27 tahun itu ditahan di kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh.

Selain itu, seorang lelaki ditahan di hadapan Klinik Chiku 3 pada 8 malam, 23 Januari lepas dan polis menemui enam botol serbuk puteh dipecayai heroin dalam kotak tisu di dalam keretanya.

"Pada 5.10 petang, 27 Januari lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan menemui 13 botol berisi serbuk puteh dipercayai dadah dan 51 biji pil berwarna kemerahan dipercayai pil kuda di dalam beg galasnya," kata Saiful Bahri.

Kesemua suspek itu akan didakwa di bawah Seksyen 39 (B) dan Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
warga emas, dadah

Artikel Sebelum

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain