suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadangan Malaysia Dimasukkan Dalam Pelan Laluan Sutera Maritim - Liow

PUTRAJAYA: Cadangan Malaysia bagi Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 telah dimasukkan dalam kerangka pelan itu, kata Menteri Pengangkutan  Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Inisiatif Laluan Sutera, yang bertujuan memperkukuh kesalinghubungan antara China dan negara anggota Asean bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan aktiviti perdagangan di rantau itu, dibincangkan oleh Liow dan rakan sejawatnya dari China, Yang Chuantang pada pertemuan dua hala mereka di Beijing, China pada Isnin.

Liow dalam kenyataan yang diedarkan di sini, Rabu berkata, Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 akan membabitkan kerjasama semua negara di sepanjang laluan itu.

"Selain itu, lebih 50 negara telah menyatakan sokongan terhadap inisiatif ini," katanya.

Beliau berkata, China telah menawarkan untuk menerajui usaha itu dan akan  berkongsi versi muktamad kerangka itu dengan menteri-menteri Asia, terutama daripada negara anggota Asean.

Berita selanjutnya menyusul.

Artikel Sebelum

Artikel Lain