MH370: Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Pegawai Bank Dan Suami

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pegawai bank dan suaminya, yang menghadapi pertuduhan memindah dan mengeluarkan wang RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, selepas mereka gagal hadir di mahkamah.

Hakim Norsharidah Awang mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, kerana tidak hadir ketika sebutan kes itu pada Isnin.

Norsharidah turut memerintahkan notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada penjamin kedua-dua tertuduh yang juga gagal hadir di mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Februari depan untuk sebutan semula kes. Pada 20 Ogos 2014, Nur Shila mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran Khan.

Nur Shila turut berdepan empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, dua pertuduhan menipu dan dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun dua mangsa MH370 iaitu Ju Kun, warganegara China, dan Tan Size Hiang, seorang pramugara. 

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.

Sementara itu, Basheer Ahmad Maula mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kad debit dan kad ATM akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan. 

Dia juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang sama daripada akaun simpanan yang sama.

Nur Shila didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai 2014 manakala suaminya di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei 2014 dan 11.28 malam 29 Jun 2014.

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain