ESScom Lancar Operasi Besar-Besaran Buru Penjenayah Rentas Sempadan

TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melancarkan operasi besar-besaran di pulau dan daratan yang menjadi tumpuan dan persembunyian penjenayah rentas sempadan.  

Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, langkah drastik itu merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk membanteras jenayah rentas sempadan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara ini, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata, tumpuan operasi yang turut disertai pelbagai agensi penguatkuasa negeri dan persekutuan itu ialah pulau-pulau dan kawasan daratan di daerah Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. 

"ESSCom dengan kerjasama pasukan keselamatan, agensi kerajaan, ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membendung kegiatan jenayah, khususnya penyeludupan, penculikan dan pencerobohan bersenjata di ESSZone," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima dua boya tambatan daripada Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia Sabah, Rosnan Fathlal kepada ESSCom di sini, Isnin.

Abdul Rashid berkata, antara langkah yang diambil termasuk meningkatkan aset keselamatan di ESSZone; menambah atur gerak aset maritim dan daratan; meneruskan perintah berkurung dan mengadakan program bersama pemimpin masyarakat, pengusaha resort, komuniti perniagaan dan masyarakat setempat secara berterusan.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. 

Sementara itu, mengenai dua boya tambatan yang diterima, Abdul Rashid berkata dua kapal induk akan bertambat di boya berkenaan yang diletakkan di perairan Semporna, bagi melakukan pengawasan visual dan radar dengan lebih berkesan.

Pada masa yang sama, katanya, beberapa bot akan menggunakan kapal induk itu untuk berhimpit, sekali gus menjadikan kapal induk sebagai medan untuk melancarkan rondaan dan tunggu sedia untuk respons pantas sekiranya mengesan kapal yang mencurigakan. 

Beliau berkata, ESSCom juga bercadang untuk menambah perolehan boya itu yang bakal diletakkan di lokasi-lokasi tertentu yang sesuai pada masa hadapan.

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain