suria

'Tiada Buku, Tiada Beg, Tiada Kasut, Tiada Pakaian Seragam'

Hari Pertama: Para pelajar SK Manek Urai berhimpun di dewan sementara pada perhimpunan pertama mereka pada tahun ini. Keadaan lantai masih basah dan siling masih disaluti lumpur.
MANEK URAI: Seperti di zon perang, semuanya dalam keadaan musnah. Apa yang lebih menyedihkan ialah keadaannya masih sama seperti semasa saya mula-mula datang ke pekan ini yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kota Bharu seminggu lalu.

Keadaan jalan tidak kelihatan. Ia dipenuhi lumpur, dengan sesetengah tempat setinggi pinggang saya yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter (5 kaki 6 inci).

Kereta yang saya pandu tergelincir beberapa kali apabila mahu menekan minyak untuk melepasi keadaan lumpur, ketika dalam perjalanan ke Manek Urai.

Keadan di sini masih berbau busuk dengan lumpur dan sampah sarap, dan suasana sepinya agak menyeramkan apabila air banjir telah menghilangkan harapan dan jiwa penduduk kampung.

Saya dan jurugambar meletakkan kereta di kawasan yang selamat dari SK Manek Urai kerana paras lumpur di sekitar sekolah berkenaan terlalu tinggi.

Kami berjalan ke sekolah itu yang kelihatan kosong, musnah dan 'berhantu'. Pelajar-pelajar berhadapan dengan kesulitan untuk memasuki kawasan sekolah dan terpaksa berjalan berhati-hati.

Lumpur menyebabkan keadaan licin dan saya sebak melihat seorang lelaki warga emas, berusia lingkungan 60-an, membawa pasangan kembar berusia 12 tahun.

Tiada buku, beg, tkasut mahupun pakaian seragam sekolah. Kebanyakan mereka dilihat seperti berjalan pada waktu pagi ke sekolah, tetapi mereka di sini untuk memulakan hari pertama di sekolah.

Para pelajar nampaknya sangat malu tetapi tidak pernah lokek dengan senyuman.

Mereka gembira kembali ke skolah dan memawa saya ke kawasan sekitar dan menunjukkan kelas dan bilik guru yang kosong.

Dari tingkat empat, saya dapat melihat kawasan kampung, yang dipenuhi lawatan warna oren yang dipenuhi sampah sarap dan lumpur.

Saya bertanyakan beberapa kaum ibu kenapa tidak banyak kemajuan untuk pembersihan. Saya berasa sedih bila mendengar jawapan mereka, "membersih bermakna membuang segala sisa-sisa rumah kami, dan itu sajalah yang kami ada".

Walaupun dihimpit kesengsaraan, para pelajar mempunyai semangat tinggi. Mereka, berusia antara tujuh hingga 12 tahun, membakar semangat dan bersorak apabila guru besar meminta mereka untuk membantu membina semula sekolah.

Perubahan minda dan kesedaran sivik adalah perlu bagi memastikan pembinaan semula itu mempunyai kesan.

Kampung ini dipenuhi sampah di mana-mana dan ada yang menyebabkan mereka membuang paket makanan dari kereta mereka.

Sewaktu melalui di kawasan parit, saya melihatnya tersumber dengan sampah sarap.

Keadaan ini bukan hanya berlaku di Manek Urai. Terdapat sampah sarap di mana-mana, di Kuala Krai, Kota Bharu dan pekan atau bandar lain saya saya lihat sejak 10 hari lalu.

Orang-orang di sini tidak mempersoalkannya dan hanya berserah atas apa yang berlaku.

"Tak apa, dah berlaku." Itulah sikap segelintir mereka.

Dan ia tidak membawa satu petanda baik untuk anak-anak yang begitu teruja ke sekolah yang dipenuhi lumpur.

Artikel Berikut

Artikel Lain