suria

Kerajaan Kaji Bentuk Bantuan Mangsa Banjir Alami Kerosakan Rumah

Mustapa (dua, kiri) ketika melawat kawasan yang terjejas akibat banjir di Taman Kusial Baru di Tanah Merah, Sabtu. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (kiri). Foto BERNAMA

TANAH MERAH: Kerajaan akan mengenal pasti bentuk bantuan akan diberikan kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan rumah, kata Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi mangsa yang kehilangan rumah sepenuhnya akibat banjir, pihak kerajaan telah mempunyai dasar untuk membantu mereka.

"Bantuan kerajaan akan beri tetapi yang rosak kami kena bincang lebih lanjut macam mana nak tentukan kerosakan. 

"Kalau yang rosak ada masalah dan agak rumit untuk kita dapatkan maklumat, lihat setakat mana yang boleh kita bantu," katanya kepada pemberita ketika melawat perumahan Kusial Baharu di sini, Sabtu.

Mustapa berkata, sebanyak 249 buah rumah di perumahan berkenaan rosak selepas ditenggelami air baru-baru ini.

Beliau berkata, fokus sekarang adalah melakukan kerja-kerja pembersihan di kesemua kawasan terjejas banjir termasuk di perumahan berkenaan.

Terdahulu, beliau melawat kawasan terjejas akibat banjir di jajahan Kuala Krai iaitu di Dabong dan Kemubu.

Artikel Lain