suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Wanita Berpakaian Sari Ditemui Terapung Di Sungai

BANTING: Mayat seorang wanita berpakaian sari warna hijau ditemui terapung di sebuah sungai di taman perindustrian Olak Lempit di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak berkata, seorang polis bantuan di sebuah kilang memaklumkan kepada polis mengenai mayat tersebut pada kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu.

"Mayat itu berpakaian sari warna hijau dan berseluar pendek. Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di bahagian kiri wajahnya.

"Wanita itu dipercayai dalam lingkungan 40-an dan polis sedang mengesan identitinya. Kita siasat kes ini sebagai bunuh," katanya.

Mereka yang mempunyai laporan kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi polis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain