suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Dijangkiti Virus E.Coli

Najib ketika meninjau keadaan selepas banjir di kawasan Gua Musang baru-baru ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti virus E.Coli ketika melakukan lawatan ke kawasan banjir baru-baru ini.

"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin.

Paparan skrin Twitter @PMOMalaysia

Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea.

Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.

E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.


Najib Tun Razak, E.Coli

Artikel Lain