suria

Artis Tanah Air Bersama AADK Bantu Mangsa Banjir

Suhaimi (kiri) melepaskan konvoi misi bantuan banjir Kuala Lumpur ke Kelantan, di Menara Mara di sini, Isnin.

KUALA LUMPUR: Beberapa artis tanah air bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Skuad 1Malaysia turun padang ke Kelantan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah berkata, misi bantuan yang disertai 30 orang itu diketuai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.

"Sukarelawan akan memberi bantuan tenaga kerja seperti melaksanakan gotong-royong membersihkan rumah dan kawasan persekolahan serta sokongan emosi.

"Di samping itu, sukarelawan juga membawa barangan keperluan termasuk beras dan lampin bayi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di perkarangan Menara Mara di sini, Isnin.

Selepas ke Kelantan, misi berkenaan akan diteruskan di negeri Terengganu, Pahang dan Perak.

Katanya, Skuad 1Malaysia di negeri lain turut terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir dan seramai 200 orang telah pun bergerak ke negeri yang terjejas pada minggu lepas untuk memberi bantuan.

Beliau berkata selain anggota AADK, pihak swasta turut menyumbangkan barangan keperluan yang bakal dihulurkan kepada mangsa banjir.

AADK, Seniman, mangsa banjir

Artikel Berikut

Najib Dijangkiti Virus E.Coli

Artikel Lain