Penjawat Awam Perlu Turut Diremajakan - Shahidan - Semasa | mStar

Penjawat Awam Perlu Turut Diremajakan - Shahidan

KUALA LUMPUR: Konsep 'peremajaan' yang disebut dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 perlu turut diterapkan dalam kalangan penjawat awam bagi memberi impak positif terhadap gerak kerja mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata konsep tersebut seharusnya turut diamalkan di peringkat anggota pelaksana dan bukan sekadar di peringkat pembuat dasar.

"Contohnya seorang renjer hutan berpangkat rendah. Dia ialah pegawai yang buat siasatan, masuk hutan dan sebagainya, tetapi selepas dia berumur dia mungkin tidak mampu lagi membuat kerja-kerja ketika umurnya masih muda.

"Jadi peremajaan itu mestilah diterapkan dalam kalangan anggota pelaksana," katanya di lobi Parlimen, Isnin.

Beliau mengulas hasrat Umno seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri untuk melahirkan satu saf barisan generasi atau "Jil Umno' yang merupakan pewaris kepimpinan parti di masa depan.

Mengulas pengekalan Akta Hasutan, Shahidan mempersoal pihak yang mempertikaikannya walaupun ia bertujuan menjaga keharmonian negara.

"Kenapa orang sibuk persoalkan akta ini. Ia untuk selamatkan negara, orang yang tentang Akta Hasutan maksudnya menentang negara," katanya.

Beliau menambah akta itu penting dalam memastikan keharmonian kaum dan keamanan terus terpelihara.

Umno , Shahidan Kassim , penjawat awam , peremajaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain