suria

Idris Jusoh: Pelajar Kristian Disuruh Sembahyang Bawah Pokok Bukan Budaya Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menyiasat dakwaan bahawa pelajar Kristian dari Kolej Matrikulasi Labuan diminta untuk bersembahyang di bawah pokok.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap bertanggungjawab mengendalikan isu itu bagi pihak kementerian.

Yap dilaporkan berkata kepada sebuah akhbar bebas di Malaysia timur bahawa dakwaan itu adalah serius dan pegawai pusat pengajian berkenaan telah diarahkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Walau bagaimanapun Idris berkata insiden terpencil itu tidak mewakili pendirian sebenar negara ini.

"Dakwaan ini adalah serius, tetapi kita perlu ingat bahawa di negara kita terutama di sekolah-sekolah...ada budaya kasih sayang.

"Kejadian ini tidak mewakili negara kita mahupun budaya kita," katanya.

Artikel Lain