suria

Guan Eng Desak Polis Ambil Tindakan Terhadap Mohd Zaidi

Mohd Zaidi Mohd Said.

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu polis menyiasat Datuk Mohd Zaidi Mohd Said kerana didakwa melakukan jenayah fitnah dan hasutan.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu berhubung kenyataannya yang mendakwa kekuatan politik dan ekonomi masyarakat Cina di Pulau Pinang berpunca daripada aktiviti ekonomi haram.

Lim berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa tindakan itu perlu dilakukan bagi mempertahankan maruah rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, Mohd Zaidi seharusnya mempunyai keberanian untuk memberikan maklumat mengenai kegiatan perjudian, pelacuran dan pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang kepada pihak polis.

Semasa perbahasannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Jumaat lalu, Mohd Zaidi didakwa sebuah portal berita sebagai berkata, orang Cina di Pulau Pinang memperoleh wang dan mendapatkan kuasa politik dengan terlibat dalam kegiatan ekonomi haram.

Artikel Sebelum

Artikel Lain