suria

Aktiviti Pencegahan Denggi Terus Dipergiat - Dr Subramaniam

S. Subramaniam.
PUTRAJAYA: Meskipun berlaku penurunan kes demam denggi kebelakangan ini, namun aktiviti pencegahannya terus dipergiatkan untuk memastikan tidak berlaku peningkatan kes terutama selepas musim tengkujuh.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun masih belum mencapai keadaan yang baik, namun kes denggitidak menunjukkan tanda-tanda peningkatan mendadak pada musim tengkujuh ini.

"Kita menjangkakan kemungkinan berlaku peningkatan kes jangkitan sebaik musim tengkujuh berakhir nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Kesihatan di sini, Ahad.

Bagi tempoh 16 hingga 22 November lepas, statistik menunjukkan sejumlah 2,400 kes demam denggi dengan satu kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.

Sementara itu, dalam ucapannya Dr Subramaniam berkata bagi memastian kempen kesihatan yang dijalankan lebih berkesan, warga kementerian sendiri perlu menjadi contoh dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menjauhi rokok dan menjaga berat badan mereka.

"Jika warga kementerian sendiri merokok, obes dan suka mengambil makanan tidak sihat, maka orang ramai berasa kurang yakin dengan mesej yang disampaikan dalam kempen kesihatan kita," katanya.


Dr Subramaniam, denggi

Artikel Berikut

Artikel Lain