suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Kutuk Kekejaman IS - Najib

Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan terhadap seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat Peter Kassig dan anggota tentera Syria,kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitter-nya berkata, tindakan kejam itu bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam.

"Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap Kassig dan anggota tentera Syria. Perbuatan kejam ini mencabuli ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam," kata beliau.

Kumpulan militan digelar IS menyiarkan rakaman video pada Ahad menunjukkan mereka telah memancung kepala Kassig iaitu renjer Tentera Amerika Syarikat yang kemudian menjadi pekerja bantuan, yang ditawan semasa menghantar bantuan bekalan di Syria tahun lepas.

Video IS itu juga menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria dipancung secara kejam serentak.
Najib Tun Razak, Peter Kassig, IS

Artikel Lain