suria

Mahmud Abu Bekir Ditegur Tidak Datang Prosiding Kes Cerai

Mahmud Abu Bekir Taib.
KUALA LUMPUR: Kes penceraian taikun Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib ditangguhkan selepas beliau tidak hadir prosiding pada Isnin.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhamad Abdul Karim Wahab menegur Mahmud dan barisan peguamnya kerana 'hanya cuba menangguhkan kes tersebut', dengan menyifatkan ia sebagai tidak beretika.

"Saya mahu peguam dan defendan menghormati mahkamah dan berharap amalan ini tidak berulang," katanya.

Beliau berkata sebarang permohonan untuk penangguhan sepatutnya dilakukan di mahkamah terbuka dan bukannya menerusi surat.

Hakim menetapkan 1 Disember, 21, 22 dan 29 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahmud disaman oleh bekas isterinya, Shahnaz A Majid, 51, yang memfailkan tuntutan RM400 juta dengan RM300 juta bagi harta sepencarian sebagai sebahagian daripada penyelesaian penceraian.

Shahnaz juga menuntut 50 peratus daripada keseluruhan aset yang dimiliki Mahmud yang juga anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud termasuk kereta mewah, rumah di pelbagai lokasi, tanah di Sarawak dan pegangan saham.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Parah Ditetak Rakan

Artikel Lain