suria

Tiada Sebab Harga Sayuran Cameron Highlands Naik

KUALA LUMPUR: Sepatutnya tiada kenaikan mengejut harga sayur-sayuran dari Cameron Highlands kerana insiden tanah runtuh dan banjir kilat baru-baru ini hanya menjejaskan kawasan ladang yang beroperasi secara haram.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ladang yang beroperasi secara sah di Cameron Highlands mengeluarkan kira-kira 1.5 juta tan metrik sayur-sayuran setiap tahun dan ladang-ladang tersebut masih beroperasi seperti biasa.

"Adalah tidak masuk akal untuk peniaga menyalahkan insiden yang berlaku di Cameron Highlands sebagai punca kenaikan harga kerana bekalan masih diperolehi dari sana.

"Kami belum menerima sebarang laporan berhubung kekurangan bekalan dan akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan tiada kenaikan harga sayuran secara mendadak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar melibatkan Peladangnita di sini, Khamis.


Cameron Highlands

Artikel Sebelum

Artikel Lain