suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ubah Kedudukan Sekolah, Rumah di Lembah Bertam, Cameron Highlands

Perbincangan akan diadakan untuk memindahkan sekolah dan rumah berhampiran sungai di Cameron Highlands.
KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan bagi mengubah kedudukan sekolah dan rumah yang berhampiran tebing sungai di Lembah Bertam, Cameron Highlands.


Menteri berkenaan, Datuk Seri G Palanivel berkata, usaha jangka pendek ini bererti penduduk di kawasan terlibat akan dipindahan ke kawasan penempatan yang baharu.

"Kita akan cuba tempatkan mereka (penduduk) ke kawasan yang lebih tinggi dan ke kawasan lain seperti di Ringlet, Bertam dan Berencang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Heart of Borneo (HoB) di sini, Isnin.

Palanivel berkata, kerajaan persekutuan juga akan memberi ganti rugi kepada penduduk di kawasan yang terlibat bagi membolehkan mereka berpindah seperti program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Namun, katanya beberapa penduduk enggan berpindah kerana mendakwa memiliki geran tanah di kawasan itu.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah menawarkan untuk membiayai kos pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley yang baharu di kawasan bersesuaian. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain