suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Lagi Warga Myanmar Dibunuh Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lagi rakyat Myanmar ditemui mati di Jarak Atas, Tasek Gelugor di sini menjadikan mangsa sebagai individu ke-20 yang dibunuh dalam 18 kes yang dilaporkan di Pulau Pinang tahun ini.

Dalam kejadian terbaharu, mayat pekerja binaan, Hein Lat Kyaw, 34, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.

Mayat ditemui oleh seorang individu yang lalu di kawasan itu sebelum melaporkan kepada polis kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sedang menyiasat kes itu walaupun siasatan awal menunjukkan tiada kaitan dengan kes pembunuhan lain di negeri ini.

Menurutnya, mayat itu ditemui dengan kesan kelar di leher, tikaman di dada, perut dan punggung serta luka di pergelangan tangan kiri.

Tambah beliau lelaki itu mungkin mati kurang 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.

"Kami percaya mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan di sini.

"Berdasarkan siasatan awal, dia adalah seorang pekerja kontrak di sebuah syarikat pembinaan di Taman Kelasah, Seberang Jaya.

"Dia mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kami percaya pembunuhan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Polis juga menemui satu sarung pisau sebelah badan mangsa.

Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Lain