suria

Selepas Diserbu, Syarikat Judi Guna Taktik Baru

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali pihak polis menyerbu premis judi haram,kini pengendali pusat berkenaan menggunakan taktik baru untuk melarikan diri daripada perniagaan mereka dikesan pihak berkuasa. 

Kini mereka tidak lagi bertemu di premis judi, sebaliknya mereka yang berjudi ini akan bertemu di restoran dan  di bawa ke lokasi yang tidak dikenalpasti oleh pihak polis, bagaimanapun kegiatan mereka terbongkar dengan penangkapan sembilan individu di Perak baru-baru ini. 

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Senior Asisten Komisioner, Roslee Chik suspek telah ditangkap pada hari Jumaat dalam operasi anti-perjudian yang dilancarkan secara besar-besaran pada Jumaat. 

Beliau berkata kumpulan berkenaan akan bertemu dengan pelanggan di restoran sebelum membawa mereka ke lokasi yang disewa khas di mana ia mempunyai akses kepada laman web perjudian haram . 

"Dengan modus operandi terbaru ini penjudi tidak perlu pergi ke premis judi, sebaliknya apa yang diperlukan ialah komputer riba, telefon pintar mahupun tablet. 

"Mereka yang berjudi akan membeli kredit daripada pengendali dan mereka akan diberikan satu kata laluan yang membolehkan mereka mengakses laman web perjudian. 

"Ini memudahkan lagi aktiviti judi haram dan ini menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan mereka," katanya. 

Roslee berkata selagi rakyat Malaysia mempunyai akses kepada laman web perjudian, selagi itulah teknik perjudian akan terus berkembang. 

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan kepada saya, rakyat Malaysia boleh mengakses lebih daripada 1,000 laman web berkaitan perjudian dengan menggunakan 'server' daripada negara yang membenarkan aktiviti perjudian.

"Salah satu cara untuk membanteras judi haram atas talian di negara ini adalah dengan menyekat laman web berkenaan," katanya. 

Polis telah menjalankan 16, 255 serbuan di tempat perjudian dan menahan 661 orang di bawah Ops Dadu, yang dijalankan antara 26 Oktober dan 7 November. 

"Pegawai polis di semua peringkat, tidak kira sama ada di daerah atau negeri, sangat berdedikasi untuk membanteras judi haram. 

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menjalankan kerja yang baik dalam memastikan pegawai polis tidak berpakat dengan dengan pengendali judi haram," katanya. 

taktik judi haram

Artikel Lain