suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Itali Hilang Dipercayai Menuju Ke Selatan Filipina

William Bocchi.
PETALING JAYA: Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Itali memasuki episod baharu apabila beliau dipercayai menuju ke bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina dengan menaiki feri.

William Bocchi dipercayai menaiki feri Danica Joy dari Sandakan pada 14 Oktober lalu untuk lawatan semalaman ke Zamboanga.

Bagaimanapun, sumber berkata mereka tidak boleh memastikan dengan segera jenis pasport yang digunakan lelaki berusia 52 tahun itu 'sekiranya beliau meninggalkan negeri Sabah'.

Pihak berkuasa sedang cuba untuk mengesan pergerakan Bocchi sejak beliau dilaporkan meninggalkan sebuah hotel di Sandakan pada 14 Oktober lalu.

Bocchi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2 ) di Sepang pada 12 Oktober lalu dan berlepas ke Kota Kinabalu pada keesokan harinya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu.

Ahli perniagaan di Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio.


William Bocchi, Zamboanga, hilang

Artikel Lain