Caj Hotel, Restoran Pada Resit Bukan Untuk Kerajaan - Ahmad Maslan - Semasa | mStar

Caj Hotel, Restoran Pada Resit Bukan Untuk Kerajaan - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mencadangkan agar terma 'caj perkhidmatan' yang dikenakan oleh sesetengah restoran dan hotel ditukar kepada 'caj restoran' atau 'caj hotel'.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu wajar bagi memastikan rakyat tidak keliru dengan terma tersebut.

"Permohonan bertulis mengenai pertukaran terma itu telah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengguna menyangka bahawa kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas bayaran tersebut diambil oleh kerajaan.

"Rakyat keliru mengenainya. Walhalnya, caj perkhidmatan diambil oleh restoran dan hotel. Ia bukan cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan para peniaga agar hanya menggunakan terma cukai perkhidmatan dan bukannya 'GST' pada resit pembayaran sehingga pelaksanaannya cukai baharu itu dikuatkuasakan pada 1 April depan bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.

Ahmad Maslan berkata, terdapat sesetengah peniaga menggunakan istilah 'GST' bagi merujuk kepada cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak enam peratus dalam resit pembayaran.

Katanya, peniaga perlu menyatakan dalam resit jumlah cukai perkhidmatan yang dikenakan, bukannya meringkaskan cukai tersebut sebagai GST.

"Tiada terminalogi 'goverment service tax' dalam sistem percukaian di Malaysia... yang ada hanyalah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST), cukai perkhidmatan (ST) dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Jadi ada peniaga yang meringkaskan terma cukai tersebut sebagai GST," katanya.

Beliau berkata, sekiranya terdapat peniagaan yang didapati mengenakan GST sebelum tempoh pelaksanaannya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Walaupun kadar GST dan cukai perkhidmatan adalah sama namun menjadi kesalahan menggunakan istilah GST sebelum tempoh pelaksanaan cukai baharu tersebut," katanya.

Menurut beliau, sehingga Isnin, sebanyak 95,100 syarikat telah mendaftar dalam pelaksanaan GST.

"Saya percaya sasaran sebanyak 200,000 syarikat yang akan mendaftar dalam pelaksanaan sistem cukai baharu ini dapat dicapai sebelum April 2015," katanya.

GST , Ahmad Maslan , Cukai Perkhidmatan

Artikel Sebelum

Lelaki Maut Diseret Keretapi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain