Video Dakwa Puting Beliung Di Pandamaran, Klang Tersebar - Semasa | mStar

Video Dakwa Puting Beliung Di Pandamaran, Klang Tersebar

PETALING JAYA: Dua rakaman video yang mendakwa berlakunya puting beliung di Pandamaran, Klang tersebar di media sosial termasuk aplikasi whatsapp pada petang Selasa.

Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu menunjukkan angin kuat yang kelihatan seperti pusaran angin kecil menerbangkan atap dan serpihan lain di kawasan berkenaan. 

Sebuah lagi video dimuat naik di Internet dengan tajuk 'Ribut Di Pandamaran Klang' yang dipercayai dirakamkan dari sebuah sekolah menunjukkan angin kuat di kawasan perumahan.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, beberapa benda dipercayai atap rumah berterbangan dalam kawasan pusaran angin kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan Pandamaran, Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Beberapa bumbung flat di kawasan Pandaraman, Klang diterbangkan angin ribut.

Katanya, hasil tinjauan mendapati kawasan yang terjejas adalah di Kunci Air Jalan Banting Pandamaran apabila terdapat beberapa pokok tumbang dan bumbung bangunan berterbangan dibawa angin ribut.

Tambahnya, beberapa bot yang berada di jeti berhampiran turut tenggelam.

Bumbung bangunan yang tercabut diterbangkan angin ribut.

"Antara bangunan yang terlibat adalah gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San, Flat PKNS dan Flat Pandamaran Damai.

"Akibat kejadian ribut yang berlaku, bekalan elektrik terputus dan pihak TNB (Tenaga Nasional Bhd) telah dihubungi berhubung perkara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kamarul Zaman, tiga laporan polis berhubung kejadian telah dibuat setakat ini.


puting beliung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Itali Hilang Di Lahad Datu

Artikel Berkaitan

Puting Beliung Landa Alor Setar

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini