suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Di Bukit Bintang: Lima Direman Sehingga 20 Oktober

PETALING JAYA: Lima lelaki berusia di antara 25 tahun dan 46 tahun direman sehingga 20 Oktober ini bagi membantu siasatan kes letupan bom tangan di Bukit Bintang pada minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, kesemua suspek berasal dari Lembah Klang ditahan pada kira-kira pukul 6 petang Rabu.

"Tangkapan ke atas lima lelaki berusia di antara 25 tahun dan 46 tahun, kesemuanya berasal dari Lembah Klang dilakukan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur setelah mereka hadir untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

"Kesemua mereka yang ditahan direman sehingga 20 Oktober bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Artikel Berikut

Artikel Lain