suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tamrin Keluar PAS

Tamrin ketika bersama Hadi pada program ceramah PAS tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas hanya dua tahun menganggotai PAS, anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar umum meninggalkan parti itu pada Rabu.

Menerusi surat yang dihantar ke Pejabat Agung PAS bertarikh 15 Oktober, Mohd Tamrin memaklumkan kepada parti itu bahawa beliau menarik diri daripada PAS.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," katanya menerusi surat yang dialamatkan ke atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Pejabat Agung PAS mengesahkan menerima surat berkenaan.

Difahamkan surat berkenaan disampaikan menerusi serahan tangan.

Mohd Tamrin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 11 Ogos 2012.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Mohd Tamrin Abdul Ghafar, PAS

Artikel Lain