suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Myanmar Maut Ditikam, Kelar

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan kelar dan tikaman di badan di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini malam Selasa.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mayat Htoo Aung, 30, ditemui oleh orang awam pada pukul 12.45 tengah malam.

"Mayat lelaki itu ditemui di kaki lima kawasan deretan kedai tiga tingkat dalam keadaan tertiarap. Pemeriksaan polis mendapati kesan tikaman di dada, rusuk kiri, perut dan bahu serta kelar di leher.

"Mangsa dipercayai baru pulang bekerja berdasarkan pakaian dipakainya iaitu seluar jeans, T-shirt biru dan kasut 'safety boot'. Kami turut menemukan dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit lelaki itu dalam poket seluarnya," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, dekat sini itu dipukul sekumpulan rakyat asing berpunca perselisihan faham antara mereka.

Rusli berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain