suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS: 13 'Putih Mata', Gagal Berlepas Ke Syria, Iraq

Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Seramai 13 rakyat Malaysia yang dipercayai sedang membuat persiapan untuk menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria dan Iraq ditahan pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan dibuat selepas pihak polis mengenal pasti dan memantau rapi pergerakan suspek serta aktiviti mereka.

"Dalam pemantauan, kita mengenal pasti 13 orang yang sedang bersiap sedia untuk terbang ke Syria dan Iraq melalui Turki.

"Kita tahan mereka dan kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya selepas majlis pelancaran Kolaborasi Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama MyTeksi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Rabu.

Menurut Khalid, kesemua 13 individu itu ditahan di sebuah restoran di Shah Alam.

"Ada pelajar, pekerja buruh, pekerja kilang.

"Mereka ini kebanyakannya pergi secara persendirian, ada juga yang ditanggung oleh ibu bapa," katanya.

Mengulas lanjut Khalid berkata, kesemua yang ditahan tidak dikesan pernah menyertai mana-mana kumpulan militan sebelum ini.

Katanya, selain 13 individu terbabit, polis juga telah mengesan beberapa individu lain yang bertindak sebagai dalang dalam merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai IS.

"Kita kesan ada kesan beberapa orang yang mempengaruhi orang ramai melalui Facebook dan laman-laman web di internet.

"Kita telah mohon dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menutup laman-laman web tersebut," katanya.

Dalam pada itu beliau memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai IS atau mana-mana kumpulan militan dengan alasan untuk berjihad.

Katanya, banyak cara yang boleh dilakukan jija mahu berjihad termasuklah membantu polis membanteras jenayah.

militan IS, Syria, Iraq

Artikel Berikut

Artikel Lain