suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangguan Bekalan Air Pulih 97.4 Peratus Di KL, Selangor - Syabas

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan terjejas akibat pencemaran air mentah di Sungai Selangor Sabtu lepas telah 97.4 peratus pulih sepenuhnya sehingga 9 pagi Selasa.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata sebanyak 943 daripada 968 kawasan terlibat telah mendapat bekalan air terawat.

Priscilla berkata sesetengah pengguna yang masih belum mendapat bekalan air seperti biasa adalah mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem bekalan air.

"Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air melalui lori tangki terus digerakkan dari semasa ke semasa bagi mengagihkan bekalan air kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Priscilla berkata jumlah kawasan terjejas melibatkan wilayah dan kawasan yang besar, menyebabkan bantuan bekalan air menerusi lori tangki dan tangki statik tidak dapat dipenuhi kerana sumber yang terhad.

Justeru, pengguna di kawasan yang telah pulih daripada gangguan bekalan air diminta bekerjasama untuk menggunakan air secara berhemah kerana langkah itu boleh membantu proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas yang lain.

Beberapa loji rawatan air (LRA) ditutup sejak 8 malam pada Sabtu lepas berikutan berlakunya pencemaran air mentah di Sungai Selangor akibat tumpahan cecair hidrolik.

gangguan bekalan air, Syabas

Artikel Sebelum

Artikel Lain