suria

Tiada Himpunan Protes Kenaikan Harga Minyak Di Dataran Merdeka

Dataran Merdeka (Gambar fail)
KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang dirancang untuk memprotes kenaikan petrol gagal apabila tiada yang hadir untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat berada di sekitar Dataran Merdeka sejak pukul 3 petang Sabtu.

Sehingga pukul 6 petang, kebanyakan petugas media, anggota polis dan DBKL telah meninggalkan Dataran Merdeka kerana tidak ada penunjuk perasaan yang hadir.

Polis, pada Jumaat menasihati orang ramai untuk menjauhkan diri daripada perhimpunan di Dataran Merdeka yang dirancang pada Sabtu untuk memprotes kenaikan harga petrol, kerana penganjur tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis menganggap perhimpunan tersebut sebagai haram kerana penganjur tidak memohon kebenaran untuk mengadakan perhimpunan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Butir-butir perhimpunan tersebut telah disebarkan melalui laman media sosial dan aplikasi mesej segera pada Jumaat. 

Pihak penganjur tidak dinamakan.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter kepada masing-masing RM2.30 dan RM2.20.

Artikel Lain