suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mekanik Disamun, Porsche Dilarikan

KUANTAN: Seorang mekanik kerugian wang tunai RM15,000 dan kereta Porsche Cayenne V6 selepas disamun tiga lelaki di jalan susur keluar ke MTD Genting Sempah, menghala turun ke Kuala Lumpur berhampiran Bentong awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa Chan Weng Leong, 27, memandu sendirian dari arah Genting Highlands menghala stesen Petronas Genting Sempah.

Beliau berkata apabila sampai di susur keluar MTD Genting sempah berhampiran sebuah bengkel kenderaan, tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal menghalang laluannya.

"Pada masa yang sama sebuah kereta berwarna hitam yang tidak memasang lampu melanggar kenderaannya dari belakang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ekoran itu mangsa telah keluar dari keretanya sebelum dua lelaki bersenjata pisau menerpa dan mengacukan senjata itu ke perut mangsa sambil meminta mangsa menyerahkan dompetnya.

Mohamad Nor berkata suspek merampas duit mangsa berjumlah RM15,000, beberapa dokumen penting dan kereta Porsche mangsa sebelum mereka melarikan diri.
porsche, mekanik, samun

Artikel Sebelum

Artikel Lain