suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Gelang Patah Kutip RM44,586 Bantu Pesakit Leukemia

Jason Teoh.
JOHOR BARU: MCA Gelang Patah berjaya mengutip sebanyak RM44,586 dalam tempoh lima hari untuk membantu kanak-kanak berusia 10 tahun yang menghidap penyakit leukemia menjalani rawatannya.

Angelin Har Yi Qi disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) apabila dia jatuh pengsan pada 31 Mac lalu.

Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata, pesakit kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan memerlukan sebanyak RM200,000 untuk menampung kos pemindahan sum-sum tulang dan rawatan perubatan.

"Keluarga pesakit sedang mencari penderma sum-sum tulang yang sesuai dan kami akan terus mengutip dana bagi membantunya menampung kos perubatan," kata Jason pada sidang media di sini Sabtu.


Artikel Lain