suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Sokong Azmin - Anwar

PETALING JAYA: Dengan pelantikan menteri besar yang baharu selepas kemelut politik yang berlarutan di Selangor sejak beberapa bulan lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada Jumaat bahawa parti itu bersatu sebagai tanda sokongan terhadap Azmin Ali untuk menerajui negeri itu.

Pada sidang media selepas bertemu dengan barisan Exco PKR yang baharu dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar berkata, isterinya turut membeli kek kepada Azmin sebagai tanda sokongan terhadap beliau.

"Ia amat jarang berlaku apabila presiden parti membeli kek kepada menteri besar yang baharu," kata Anwar dalam nada berseloroh di Ibu Pejabat PKR di sini.

Ketika ditanya untuk mengulas lanjut mengenai kritikan Sultan Selangor terhadap PKR berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, Anwar berkata: "Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana menghormati menteri besar yang hadir bersama saya.

Barisan Exco baharu yang hadir adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Daroyah Alwi (Sementa), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia).

Anwar berkata, beliau akan meminta pentadbiran baharu untuk mengkaji semula kenaikan gaji untuk pegawai tertinggi kerajaan negeri itu yang diluluskan pada tahun lalu.

Beliau berkata PKR menyokong tindakan Azmin untuk mengkaji semula kertas cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara, perjanjian penstrukturan semula air dan beberapa kelulusan tanah.

Artikel Lain