suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Selangor Tidak Setuju Pengurangan Kerusi Exco

Khairuddin Othman.
PETALING JAYA: PAS Selangor menolak dakwaan bahawa mereka bersetuju dengan pengurangan kerusi milik parti tersebut dalam senarai barisan Exco yang baharu.

Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali pada Jumaat mengumumkan bahawa PAS hanya diberikan tiga daripada empat kerusi Exco dalam lantikan terbaharu itu.

PAS bagaimanapun diberikan jawatan Timbalan Speaker yang sebelum ini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Daripada 10 jawatan Exco itu, empat diberikan kepada PKR dan tiga kepada DAP.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, parti di peringkat negeri dan kebangsaan tidak pernah bersetuju dengan pengurangan kerusi Exco seperti yang diperuntukkan sebelum ini.

"Pada pendapat kami, pengusiran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang mencatat prestasi memberangsangkan (pada pentadbiran terdahulu) adalah tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin berkata, perkembangan terbaharu itu merupakan petanda tidak baik terhadap kepimpinan yang baharu itu.

"Namun, PAS mahu memastikan Pakatan di Selangor kekal stabil dan berupaya melaksanakan agenda rakyat.

"Sebelum ini, ahli Exco PAS kekal dalam kerajaan untuk memastikan kerajaan Pakatan tidak tumbang. Oleh itu, PAS akan terus mempertahankan kerajaan negeri," katanya.

Artikel Lain