suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Anggota Sindiket 'Along' Dari Semenanjung Ditahan

KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki dipercayai anggota sindiket pinjaman wang haram atau 'Along' dan merampas 65 keping cek di sebuah rumah di Taman Lembah Shantung, Jalan Penampang, di sini, malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata kesemua suspek berusia 32 dan 44 tahun itu berasal dari Semenanjung dan aktif menjalankan kegiataan 'Along' di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang.

"Polis melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan sindiket itu di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dalam serbuan pukul 7.30 malam itu, polis turut merampas dua buah kereta jenis Proton Persona dan Perodua Myvi, 11 unit telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah mesin pencetak, poster dan pelbagai dokumen berkaitan pinjaman.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukan denda RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Katanya, kesemua mereka kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

sindiket Along, Penampang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain