suria

'Kastam' Maut Ditembak, Rakan Parah

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki maut, manakala rakannya parah apabila ditembak ketika berada di sebuah rumah untuk menjalankan upacara sembahyang kematian di Tingkat Selamat 2, Kampung Selamat di sini malam Isnin.


Lee Wooi Shong yang juga digelar 'Kastam', 34, mati di Hospital Kepala Batas pada pukul 2.20 pagi Selasa akibat terkena tembakan di badan dan belakang kepala, manakala rakannya yang berusia 38 tahun, cedera di kedua-dua tangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, rekod polis menunjukkan Kastam mempunyai dua rekod jenayah berkaitan judi.

Beliau berkat, dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki datang ke kawasan rumah berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Lee serta rakannya yang berada di situ.

Polis menemui tiga kelongsong peluru jenis 9mm Thai Arms di tempat kejadian, katanya.

Siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang melepaskan tembakan itu meletakkan kenderaannya di luar kawasan rumah berkenaan sebelum berjalan kaki ke kediaman itu dan melepaskan tembakan.

Abdul Rahman berkata, orang ramai yang berada di rumah itu cuba mengejar lelaki berkenaan bagaimanapun gagal.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mengetahui punca sebenar motif kejadian," katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek yang melepaskan tembakan itu giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kampung Selamat, Lee Wooi Shong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain