suria

Hanya Adun PKR Dilantik MB Selangor - Istana

KLANG: Pemilihan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu berikutan jawatan itu perlu dilantik di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), menurut Istana Selangor.


Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri itu dibentuk melalui kesefahaman tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun dari PKR bagi mendapat kepercayaan majoriti dan sokongan dari PAS dan DAP.

"Azmin juga timbalan presiden PKR dan oleh itu Sultan Selangor mempunyai keyakinan pastinya mempunyai sokongan padu bukan sahaja dari PKR tetapi juga dari PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan  Selangor sekarang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis angkat sumpah jawatan itu diadakan di Istana Alam Shah, Klang pagi Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azmin Kini MB Selangor Ke-15

Artikel Lain